Saturday 30 June 2012

Jika Kita Tidak Maju Kedepan Kita Pasti Berundur Kebelakang



Jangan fikir jika tegak sahaja akan kekal di tempat asal. Anggapan yang salah. Jangan fikir diri sudah stabil dan berhenti dari bergerak maju kedepan. Mengganggap diri sudah stabil, atau kerana malas hendak maju kedepan, apa akan terjadi seterusnya? Di tinggalkan oleh suasana keadaan sekeliling menjadikan ketinggalan kebelakang.

Jadi tidak ada pilihan lain selain memilih untuk kedepan atau berundur kebelakang. Tidak ada tegak di tengah. Kerana dengan berdiri tegak di tengah akhirnya membawa juga kebelakang. Tidak kedepan, pasti akan kebelakang- itu saja opsyen yg ada.

Dunia ni bergerak kedepan. Walau pun bukan kehendak anda, bila berdiri tegak, anda akan berundur kebelakang kerana ditinggalkan keadaan. Bukan kerana anda yg berundur kebelakang tetapi ketinggalan di belakang ditinggalkan dunia yg bergerak kedepan.

Ramai yg mengatakan sudah stabil sedangkan kata-kata itu mengandungi bahaya. Sememangnya anda tidak boleh berada dalam dua tempat serentak. Jadi pilih untuk maju kedepan sekiranya tidak memilih kedepan bersedialah utk terbawa kebelakang..

We Guide u Decide … 

 

No comments:

Post a Comment