Saturday 7 July 2012

Orang Gagal Hanya Mencipta Alasan

Sikap org berjaya sampai bila2 pun tak akan sama dgn sikap org yg gagal! Org yg berjaya sentiasa mencari jalan utk mencapai matlamat mereka, tapi org gagal, mrk dah sebati dgn hidup yg sentiasa melihat masalah atau alasan kenapa mrk tidak dapat capai keinginan mrk.

Org yg gagal sebenarnya menidakkan kejayaan org yg dah berjaya kerana kemalasan mereka sendiri utk berusaha mengecapi kejayaan itu.. Mereka boleh tp mereka tak berusaha bersungguh2....komitmen tidak diberikan kerana pelbagai alasan ciptaan ...

Secara tidak sedar Impian Hidup anda mungkin dicuri. Pencuri ini adalah:

1. Nak tengok-tengok dulu....
2. Nak tunggu dulu....
3. Nak tunggu kawan dulu....
4. Nak tunggu ada jutawan dulu.....
5. Nak fikir-fikir dulu....

Sikap-sikap inilah sebenarnya pencuri besar dalam mencuri kejayaan anda. Bertindaklah hari ini kerana sikap-sikap ini sedang memperlekehkan anda. Jangan mengalah. Jangan biarkan sikap ini mengatasi anda. Anda masih belum terlambat.

Selain itu, orang-orang yang sememangnya ingin melihat anda gagal juga akan bersorak gembira jika anda mengalah dengan sikap ini. Rasa ragu-ragu, takut-takut adalah perasaan biasa untuk mencuba sesuatu.

"Percayalah...Apa Yang Berlaku Pada Kita Sekarang Adalah Keputusan Yang Kita Buat Dahulu .Dan Apa Yang Akan Berlaku Di Masa Hadapan Kita Adalah Bergantung Kepada Keputusan Yang Kita Lakukan Hari Ini"

"EGO Membuatkan Ramai Orang BUTA Di Dalam CELIK.."