Saturday 14 July 2012

Resipi Kejayaan

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

RESIPI KEJAYAAN

Bahan-bahan :
2 cawan daya usaha
1 cawan semangat
1 cawan matlamat
harapan & impian
kesabaran
doa & keimanan
pengorbanan
akhlak yang mulia

Cara membuatnya:
  1. Pukul semangat hingga kembang dan kental.
  2. Masukkan daya usaha, matlamat, harapan dan impian. Kacau hingga sebati.
  3. Campurkan kesabaran sedikit demi sedikit bersama-sama dengan doa dan keimanan.
  4. Jangan lupa masukkan pengorbanan dan kacau lagi.
  5. Masukkan dalam bekas dan bakar dengan rasa tanggungjawab.
  6. Hiasi dengan akhlak yang mulia.
Untuk mendapatkan kejayaan, jauhkan dari sikap merungut, putus asa dan air mata kecewa.