Monday, 16 July 2012

Rezeki Bulan Puasa ???

Sedar tak sedar beberapa hari lagi dah nak pose ,itu pun kalau umur panjang sebab itu aku selalu mengingat kan diri aku hidup, mati, jodoh pertemuan dan rezeki semua di tangan ALLAH ,ia lah ...tarikh lahir kita di sambut tiap tiap tahun ,tarikh mati kita, kita tahu ke ?

Berbalik pada bulan pose ni aku nak kongsi kan satu kesah lucu yang benar benar terjadi kepada diri aku beberapa tahun dulu ;ketika itu ayahda ku di masuk kan ke wad hospital besar Kuala Lumpur .

TERKANTOI TAK PUASA - PAUSEKAN DULU VIDEO DISEBELAH KANAN SEBELUM MENONTON VIDEO NI YE....
 
Memang dah menjadi rutin selama ayahda ku berada di wad setiap hari Sabtu dan Ahad ada lah giliran aku untuk menjenguk dia yang mana pada hari lain tugas ini diambil alih oleh isteri dan adik beradik yang lain. Di minggu pertama ayahda masuk ke wad, isteri ku telah memasak kan makanan kegemaran ayahda ia itu sambil tumis udang dengan labu masak lemak beserta ulam petai dan sambal belachan....peeergh...sampai berpeluh kepala de...nak lak kalau kena dengan nasi panas panas .  Waktu lawatan tengah hari tu aku pun membonceng kan anak lelaki aku yang kedua berumur 9 tahun walau pun baru berumur sembilan tahun dia memang aku latih untuk berpuasa dan alhamdulillah tak pernah ponteng. Sesampai di sana aku pun menyiap kan makanan untuk ayahda sambil ayahda makan aku memotong buah lai yang di beli bonda di pasar juadah semalam dan meletak kan nya di dalam bekas mangkuk....banyak sangat ni abah tak lalu nak habis kan bersuara ayahda perlahan...kamu habis kan jangan membazir .Aku pelawa anak ku ,namum dia menggeleng geleng kan kepala sambil membungkang kan biji mata nya penuh kehairanan . Aku pelawa pula ane di sebelah katil ayahda...lumanandre sikit cukup...saya pun tara selera makan ,awak kasi habis la....emmm semua nya tak lalu makan ...orang sakit la kata kan...habis tu tak kan nak buang makanan ni .Aku pun mencapai pinggan ayahda dan mengisi nasi dan lauk lebihan tadi lalu makan ,perut memang tengah lapar ni... sambal tumis udang dengan labu masak lemak ni memang resipi kegemaran ku yang berkongsi selera dengan ayahda ,aku lihat ayahda dah terlelap...aku pekena pula buah lai yang dah aku potong tadi...misi kat hospital dan pelawat pelawat lain lalu lalang disisi katil memandang dengan menjengkel kan biji mata penuh kehairanan dan ada juga yang tersenyum senyum...aku tak perasan pun. Selesai makan dan berkemas aku pun memohon diri kepada ayahda untuk pulang .  Selepas solat asar mata terasa amat mengantuk kekenyaan,pesan orang tua jangan tidor lepas asar tapi mata ni tak dapat di kawal aku terlena di atas sofa sementara isteri dan anak perempuan sibuk di dapor menyediakan juadah untuk berbuka nanti. Bang ...bang.. bangun !! dah nak berbuka ni !! berbuka ?? puasa ?? alamak ! aku dah mencekek kat hospital tadi...patut la anak aku ,misi misi di hospital dan pelawat pelawat yang lain di hospital tadi memandang penuh kehairanan dan ada yang tersenyum senyum tawar melihat aku makan tadi .
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Dan Menunai Kan Ibadah Puasa..
\ Korang boleh kongsi kan pengalaman korang di ruangan komen ye...