Saturday 28 July 2012

Penggemis Warga Asing Buat Duit Mudah

Cuaca hari ini sangat panas ,seingat aku sejak kita mula berpuasa tahun ini bumi ini belum lagi di timpa hujan yang membuat kan puasa tahun ini satu cabaran besar .Pulang dari pejabat hari ini terpaksa menempuh lagi Jalan Ampang ,yang mana kesesakan di antara persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek menjadi luar biasa ,mana tidak nya hari ini hari Jumaat ,bukan saja umat Islam malah berbagai kaum mengunjungi bazar ramadhan dan pasar malam untuk mencari juadah untuk berbuka puasa .

Tiba tiba cermin tingkap sebelah pemandu kereta aku di ketuk seseorang,seorang lelaki lengkap berjubah dan berserban menghulur kan sebuah buku agama dan cuba meraih simpati untuk aku membeli nya ,dari raut wajah nya dan cara berpakaian nya aku pasti dia bukan orang tempatan.....aku tertidor rupa nya, Alhamdulillah shukor tiada kejadian buruk menimpa semasa aku tertidor ketika memandu tadi .Hon..hon..hon...kereta di depan sudah mula bergerak, aku menyusor dan berhenti lagi kira kira 50 meter .
Dari cermin pandang sisi aku  lihat lelaki tadi cuba menghampiri pemandu pemandu lain untuk cuba meraih simpati....sah la pengemis terhormat yang berselindung dengan cara menjual kitab kitab agama.

Semasa berjalan pulang ke pejabat hari ini selepas menunaikan solat jumaat aku terserempak dengan ramai penggemis ade juga yang cacat anggota dan kebanyakan nya bukan warga tempatan ,ada juga yang membawa anak kecil untuk meraih simpati ,memang warga Malaysia terkenal dengan sikap pemurah ,aku harap apa yang aku nukil kan ini tidak di salah anggap ,cuma hanya ingat kan korang supaya sumbangan korang tu benar benar sampai kepada mereka yang benar benar memerlu kan dari photo photo yang sempat di rakam kan dapat mencerita kan keadaan sebenar nya .




 Klik Share Jika Anda Rasa Artikel Ini Perlu Di Kongsi Kan