Wednesday 1 August 2012

Anda Pasti Gagal !!!

Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang $$$$$$$$$ dalam kepala  sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana  pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Memang betul, aku tak nafikan bahawa korang semua boleh menjana pendapatan di Internet dan TIDAK MUSTAHIL jika pendapatan boleh mencecah jutaan ringgit sekali pun. Aku bukan nak menakut nakut kan atau melemah kan semangat korang tetapi fatwa yang di keluar kan dalam satu journal menyebut 94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Oleh itu, beberapa perkara penting yang perlu diambil jika ingin memulakan perniagaan Internet. 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet   1. Malas Membaca ~ Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A”, “rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya . Hakikat yang perlu korang terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang korang hadiri tetapi korang perlu mengambil inisiatif sendiri untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya. Mana nak dapat kan info info tentang bisnes internet ni ? tak perlu bersusah payah uncle Google sentiasa sedia membantu atau kalau korang ada budget lebih sikit boleh la beli ebook yang banyak ditawar kan di internet . Ringkasanya, jika korang malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.
2. Malas untuk membuat kajian ~ Korang sendiri tahu setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?
Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan korang seorang usahawan Internet yang berjaya korang perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang korang ingin mulakan kerana tindakan ini  dapat mengurangkan risiko untuk korang gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.Memulakan sesuatu perniagaan tanpa membuat sebarang kajian akan mendedah kan korang kepada perbagai kemunkinan yang akan mengagal kan usaha anda. Tidak perlu lah untuk membuat kajian yang terperinci ,cukup lah sekadar mengetahui sama ada produk itu mendapat pemintaan atau tidak ,dimana maklumat tentang produk boleh diperolehi .Dan yang paling utama " Buat Lah Kajian Mengenai Kemampuan Diri Korang " apa kah korang mampu mengorban kan sedikit masa untuk bisnes korang ni ,bukan nya berjam jam ,cuma 2 atau 3 jam sehari untuk membuat promosi kerana apa jenis perniagaan pun PROMOSI ada lah perkara utama. Seperkara lagi jangan malu dan segan untuk berhubung dengan upline korang untuk belajar dan sanggup di ajar ~ Fokus dan Komited  `jika korang abaikan terus aspek ini, korang pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.
3. Takut untuk melabur ~ Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka. Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah: * Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang peniagan internet yang berjaya. * Membeli software atau programme yang berguna * Membeli buku-buku panduan perniagaan internet Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menjana pendapatan di Internet.
4. Malas untuk mencari jawapan ~  Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya. Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.
5. Takut untuk mencuba ~ Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai setakat ini. Mereka tahu tentang potensi perniagaan Internet, mereka tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya? Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati. Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!