Saturday 11 August 2012

Dah Tercapai Ke Azam Kita ???



Salam hormat..:)

Diam-diam, kita sekarang dah nak tamat
bulan puasa. Tak lama lagi dah nak masuk
raya. Macam kejap je masa berlalu..

Sekarang ni pun dah masuk bulan 8. Hampir
setengah bulan Ogos dah berlalu. Rasa macam
baru semalam je kita tanam azam tahun baru.

Masa semakin cepat berlalu meninggalkan
kita yang perlahan ni. Kalau dibuat
perlumbaan antara kita dan juga masa,
dah tentu masa begitu jauh meninggalkan
kita..

Perasan tak pasal situasi ni?

So far, apa yang dah kita buat sejak
1 Januari 2012 yang lepas?

Adakah dah separuh azam kita tercapai?

Macam mana dengan niat kita nak dapatkan
pendapatan sampai RM10,000 sebulan yang
kita tetapkan awal tahun dulu?

Adakah kita sebenarnya nampak macam
sibuk tapi hakikatnya tak ada apa pun
nak dibanggakan?

Inilah realiti ramai orang..

Kalau kita terlupa yang kita sedang
berlumba dengan masa, kita akan jauh
ketinggalan.

2-3 tahun lepas entah-entah kita masih
sama lagi macam sekarang.

Saya sedar akan hal ni..

Saya sendiri bukan berlumba dengan mana-mana
IM, tapi saya berlumba dengan masa.

Saya harap anda pun macam tu juga..

Macam mana nak pastikan yang kita boleh
mengatasi masa atau paling biasa pun kita
dapat berlari seiringan dengan masa?

Kunci utamanya adalah JANGAN buang masa..

Saya nak tanya...

Pernah tak anda keluarkan duit RM10 dari
wallet, pergi ke tong sampah dan buang
duit tu?

Tak pernah kan?

Atau pernah tak anda ambil rantai emas
mak anda dan buang kedalam longkang?

Pun tak pernah..

Tapi kita cakap masa itu emas..

Kita selamba je buang masa macam 'masa'
tu tak ada nilai.

Berbalik kepada 'kunci' jangan buang
masa yang saya cakap tadi, saya nak ajak
anda - lebih-lebih lagi bulan mulia dan
hari mulia ni kita kurangkan benda-benda
yang tak berfaedah..

Penuhkan 24 jam kita dengan perkara
bermanfaat seperti ibadah dan menuntut
ilmu.



Cakap pasal menuntut ilmu, jangan sekadar
pergi menuntut ilmu tapi tak buat..

Ilmu yang dituntut tapi tak digunakan
dia akan jadi berkarat.

Sebaiknya, amalkan ilmu yang kita dah
pelajari. Dan sentiasa mempelajari ilmu
baru..
Klik kat sini kalau sudi...bukan berbayar Ilmu percuma
percaya tak dengan ilmu percuma ni akan memberikan anda
hasil satu hari nanti...???

Tapi buat masa ni, saya nak ajak anda
sama-sama menggunakan masa dan kesempatan
yang ada untuk aktiviti positif.

Lagi bagus aktiviti tersebut boleh membantu
kita mengubah hidup kita menjadikan kita
orang yang lebih baik daripada semalam.

Munkin ramai orang yang bertanggung jawab dalam
memcipta kejayaan anda.....tetapi hanya anda sendiri
yang bertanggung jawab dalam kegagalan anda

Insyaallah..