Sunday, 12 August 2012

~ SYUKUR ITU NIKMAT ~


Minat tak minat jer...

Entry kali ini saja nak kongsi cebisan fikiran dari pakar motivasi perniagaan siapa tak kenal Irfan Khairi.. So sila baca dan harap ia dapat membantu dalam menempuh dunia perniagaan,  pekerjaan dan juga kehidupan seharian .

Kalau buat perkara yang kita TAK minat...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal...
 Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
 Untuk berjaya, lakukan perkara yang anda MINAT!

Artikel dari irfankhairi.com 
                                       
   

SERTAI SAYA KALAU BERMINAT

 

Saturday, 11 August 2012

Dah Tercapai Ke Azam Kita ???



Salam hormat..:)

Diam-diam, kita sekarang dah nak tamat
bulan puasa. Tak lama lagi dah nak masuk
raya. Macam kejap je masa berlalu..

Sekarang ni pun dah masuk bulan 8. Hampir
setengah bulan Ogos dah berlalu. Rasa macam
baru semalam je kita tanam azam tahun baru.

Masa semakin cepat berlalu meninggalkan
kita yang perlahan ni. Kalau dibuat
perlumbaan antara kita dan juga masa,
dah tentu masa begitu jauh meninggalkan
kita..

Perasan tak pasal situasi ni?

So far, apa yang dah kita buat sejak
1 Januari 2012 yang lepas?

Adakah dah separuh azam kita tercapai?

Macam mana dengan niat kita nak dapatkan
pendapatan sampai RM10,000 sebulan yang
kita tetapkan awal tahun dulu?

Adakah kita sebenarnya nampak macam
sibuk tapi hakikatnya tak ada apa pun
nak dibanggakan?

Inilah realiti ramai orang..

Kalau kita terlupa yang kita sedang
berlumba dengan masa, kita akan jauh
ketinggalan.

2-3 tahun lepas entah-entah kita masih
sama lagi macam sekarang.

Saya sedar akan hal ni..

Saya sendiri bukan berlumba dengan mana-mana
IM, tapi saya berlumba dengan masa.

Saya harap anda pun macam tu juga..

Macam mana nak pastikan yang kita boleh
mengatasi masa atau paling biasa pun kita
dapat berlari seiringan dengan masa?

Kunci utamanya adalah JANGAN buang masa..

Saya nak tanya...

Pernah tak anda keluarkan duit RM10 dari
wallet, pergi ke tong sampah dan buang
duit tu?

Tak pernah kan?

Atau pernah tak anda ambil rantai emas
mak anda dan buang kedalam longkang?

Pun tak pernah..

Tapi kita cakap masa itu emas..

Kita selamba je buang masa macam 'masa'
tu tak ada nilai.

Berbalik kepada 'kunci' jangan buang
masa yang saya cakap tadi, saya nak ajak
anda - lebih-lebih lagi bulan mulia dan
hari mulia ni kita kurangkan benda-benda
yang tak berfaedah..

Penuhkan 24 jam kita dengan perkara
bermanfaat seperti ibadah dan menuntut
ilmu.



Cakap pasal menuntut ilmu, jangan sekadar
pergi menuntut ilmu tapi tak buat..

Ilmu yang dituntut tapi tak digunakan
dia akan jadi berkarat.

Sebaiknya, amalkan ilmu yang kita dah
pelajari. Dan sentiasa mempelajari ilmu
baru..
Klik kat sini kalau sudi...bukan berbayar Ilmu percuma
percaya tak dengan ilmu percuma ni akan memberikan anda
hasil satu hari nanti...???

Tapi buat masa ni, saya nak ajak anda
sama-sama menggunakan masa dan kesempatan
yang ada untuk aktiviti positif.

Lagi bagus aktiviti tersebut boleh membantu
kita mengubah hidup kita menjadikan kita
orang yang lebih baik daripada semalam.

Munkin ramai orang yang bertanggung jawab dalam
memcipta kejayaan anda.....tetapi hanya anda sendiri
yang bertanggung jawab dalam kegagalan anda

Insyaallah..



Wednesday, 1 August 2012

Anda Pasti Gagal !!!

Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang $$$$$$$$$ dalam kepala  sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana  pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Memang betul, aku tak nafikan bahawa korang semua boleh menjana pendapatan di Internet dan TIDAK MUSTAHIL jika pendapatan boleh mencecah jutaan ringgit sekali pun. Aku bukan nak menakut nakut kan atau melemah kan semangat korang tetapi fatwa yang di keluar kan dalam satu journal menyebut 94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Oleh itu, beberapa perkara penting yang perlu diambil jika ingin memulakan perniagaan Internet. 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet   1. Malas Membaca ~ Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A”, “rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya . Hakikat yang perlu korang terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang korang hadiri tetapi korang perlu mengambil inisiatif sendiri untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya. Mana nak dapat kan info info tentang bisnes internet ni ? tak perlu bersusah payah uncle Google sentiasa sedia membantu atau kalau korang ada budget lebih sikit boleh la beli ebook yang banyak ditawar kan di internet . Ringkasanya, jika korang malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.
2. Malas untuk membuat kajian ~ Korang sendiri tahu setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?
Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan korang seorang usahawan Internet yang berjaya korang perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang korang ingin mulakan kerana tindakan ini  dapat mengurangkan risiko untuk korang gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.Memulakan sesuatu perniagaan tanpa membuat sebarang kajian akan mendedah kan korang kepada perbagai kemunkinan yang akan mengagal kan usaha anda. Tidak perlu lah untuk membuat kajian yang terperinci ,cukup lah sekadar mengetahui sama ada produk itu mendapat pemintaan atau tidak ,dimana maklumat tentang produk boleh diperolehi .Dan yang paling utama " Buat Lah Kajian Mengenai Kemampuan Diri Korang " apa kah korang mampu mengorban kan sedikit masa untuk bisnes korang ni ,bukan nya berjam jam ,cuma 2 atau 3 jam sehari untuk membuat promosi kerana apa jenis perniagaan pun PROMOSI ada lah perkara utama. Seperkara lagi jangan malu dan segan untuk berhubung dengan upline korang untuk belajar dan sanggup di ajar ~ Fokus dan Komited  `jika korang abaikan terus aspek ini, korang pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.
3. Takut untuk melabur ~ Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka. Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah: * Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang peniagan internet yang berjaya. * Membeli software atau programme yang berguna * Membeli buku-buku panduan perniagaan internet Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menjana pendapatan di Internet.
4. Malas untuk mencari jawapan ~  Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya. Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.
5. Takut untuk mencuba ~ Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai setakat ini. Mereka tahu tentang potensi perniagaan Internet, mereka tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya? Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati. Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!

Saturday, 28 July 2012

Penggemis Warga Asing Buat Duit Mudah

Cuaca hari ini sangat panas ,seingat aku sejak kita mula berpuasa tahun ini bumi ini belum lagi di timpa hujan yang membuat kan puasa tahun ini satu cabaran besar .Pulang dari pejabat hari ini terpaksa menempuh lagi Jalan Ampang ,yang mana kesesakan di antara persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek menjadi luar biasa ,mana tidak nya hari ini hari Jumaat ,bukan saja umat Islam malah berbagai kaum mengunjungi bazar ramadhan dan pasar malam untuk mencari juadah untuk berbuka puasa .

Tiba tiba cermin tingkap sebelah pemandu kereta aku di ketuk seseorang,seorang lelaki lengkap berjubah dan berserban menghulur kan sebuah buku agama dan cuba meraih simpati untuk aku membeli nya ,dari raut wajah nya dan cara berpakaian nya aku pasti dia bukan orang tempatan.....aku tertidor rupa nya, Alhamdulillah shukor tiada kejadian buruk menimpa semasa aku tertidor ketika memandu tadi .Hon..hon..hon...kereta di depan sudah mula bergerak, aku menyusor dan berhenti lagi kira kira 50 meter .
Dari cermin pandang sisi aku  lihat lelaki tadi cuba menghampiri pemandu pemandu lain untuk cuba meraih simpati....sah la pengemis terhormat yang berselindung dengan cara menjual kitab kitab agama.

Semasa berjalan pulang ke pejabat hari ini selepas menunaikan solat jumaat aku terserempak dengan ramai penggemis ade juga yang cacat anggota dan kebanyakan nya bukan warga tempatan ,ada juga yang membawa anak kecil untuk meraih simpati ,memang warga Malaysia terkenal dengan sikap pemurah ,aku harap apa yang aku nukil kan ini tidak di salah anggap ,cuma hanya ingat kan korang supaya sumbangan korang tu benar benar sampai kepada mereka yang benar benar memerlu kan dari photo photo yang sempat di rakam kan dapat mencerita kan keadaan sebenar nya .




 Klik Share Jika Anda Rasa Artikel Ini Perlu Di Kongsi Kan





Wednesday, 25 July 2012

Gunakan Video Popular Untuk Tujuan Promosi.

Hari ini aku nak kongsi kan dengan korang cara nak membuat promosi menggunakan Video Youtube salah satu cara kita untuk mendapatkan prospek dalam bisnes kita selain dari menggunakan facebook.
Tapi sebelum itu pastikan korang dah ade akaun Youtube ,Youtube ni ada lah salah satu media social macam FB gak tapi lebih kepada Video.Klik disini untuk buka akaun youtube
Gunakan video yang popular untuk menjadi kan nya video korang dan letakkan annotation. Ini merupakan cara yang paling mudah untuk membuat iklan landing page korang. Pertama sekali cari video yang popular didalam youtube, contohnya video lawak, akademi fantasia, raja lawak atau lagu.

Download video dari youtube ke server anda menggunakan youtube downloader atau korang boleh gunakan apa jua perisian yang lain untuk download video youtube.  Untuk mendapatkan Youtube Downloader percuma - Klik disini  dan savekan filenya serta install di komputer anda.
Jika anda menggunakan Window 7, Klik disini untuk download Youtube Downloader yang seseuai dengan Window 7 .
Ikuti langkah seterus nya :
  1. Download dan install Youtube Downloader - Klik Disini
  2. Tukarkan format video yang kurang sesuai kepada AVI atau WMV
    untuk memudahkan kita mengubah suai suatu video tersebut - Klik Disini
  3. Cara-cara mengubah video yang telah kita ubahkan formatnya menggunakan Window Movie Maker - Klik Disini
  4. Cara-cara untuk save kan video tersebut kedalam komputer kita sebelum ianya di uploadkan ke dalam youtube. - Klik Disini
  5. Cara-cara untuk upload video ke Youtube dan memasukkan annotation supaya boleh
    menjemput orang lain masuk kedalam website kita. - Klik Disini
Upload kedalam youtube menggunakan account anda. Selepas upload pergi ke myvideo, dan letakkan annotation kedalam video anda tersebut.
Aku ingin saran kan pada korang ,untuk berjaya dalam bisnes internet ni ,perkara utama yang perlu korang laku kan ade lah dengan mengumpul subcriber atau pengikut ,dengan mempunyai ramai subcriber peluang untuk menjual sesuatu secara online menjadi mudah dan menjimat kan masa , kalau berminat dapat kan nya disini .
Semoga perkongsian ini dapat manfaat kita bersama " klik share sekira nya korang rasa artikel ini perlu dikongsikan dengan rakan rakan korang " .