Sunday, 24 June 2012

Cara Jadi Kaya Dengan Minat


Assalamualaikom dan salam sejahtera...

Ramai diantara kita yang memang selalu berfikir bagaimana cara jadi kaya ? Saya pun begitu. Walaupun kekayaan seseorang itu subjektif, tetapi pada saya bila kita kaya, pastinya lebih seronok jika dapat berkongsi dengan orang lain.

Salah satu cara nak jadi kaya yang sangat mudah ialah dengan melakukan apa yang kita minat. Cuba kita luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka jadi kaya?

Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka. Jadi mereka tidak rasa terbeban untuk melakukan kerja mereka kerana ia sudah menjadi minat mereka.

Contohi cara mereka jadi kaya dengan minat

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan ruang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada orang yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan ruang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang dia mahu.

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat dunia Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘mengubah’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

AWAS: Pencuri Ini Mahu Mencuri Sesuatu Dari Anda!!


Diharap anda sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa bersemangat untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Terima kasih melayari blog aku ni .

Secara tidak sedar Impian Hidup anda mungkin dicuri. Pencuri ini adalah :
  • Nak tengok-tengok dulu....
  • Nak tunggu dulu....
  • Nak tunggu kawan dulu....
  • Nak tunggu ada jutawan dulu.....
  • Nak fikir-fikir dulu....
Sikap-sikap inilah sebenarnya pencuri besar dalam mencuri kejayaan anda. Bertindaklah hari ini kerana sikap-sikap ini sedang memperlekehkan anda. Jangan mengalah. Jangan biarkan sikap ini mengatasi anda. Anda masih belum terlambat.

Selain itu, orang-orang yang sememangnya ingin melihat anda gagal juga akan bersorak gembira jika anda mengalah dengan sikap ini. Rasa ragu-ragu, takut-takut adalah perasaan biasa untuk mencuba sesuatu.

" Peluang Sememangnya Selalu Datang Diwaktu Kita Tak Bersedia... Tatkala Sudah Bersedia ""Ramai Yang Sudah berjaya dan meninggal kan kita" Ingatlah juga bahawa Kegagalan Yang Lalu Tidak Mencerminkan Kegagalan Yang Akan Datang !