Tuesday, 21 August 2012

Islamic Hijri Calendar Widget - Glass Orb - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Hijri Calendar Widget - Glass Orb - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Awas ! Jika Anda Di Kunjungi Pegawai Petronas

Sempena kedatangan Shawal kita umat Islam di galak kan untuk mengamal kan budaya kunjung mengunjung atau ziarah menziarahi sesama ahli keluarga ,sanak saudara, kenalan dan jiran tetangga  selain daripada mengerjakan puasa sunat 6 hari, bertakbir, bertahmid dan berselawat , bertujuan menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturrahim dan ukhuwwah.

Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Kesempatan ini aku sekeluarga tidak lepas kan dan di sepanjang dua hari Shawal ni berpeluang menziarahi sanak saudara sebelah isteri yang dah agak lama tak berjumpa dan juga yang belum pernah aku temui .Banyak juga cerita cerita dan mengalaman mereka yang dapat aku kutip dan antara nya ada yang menarik yang aku rasa kan perlu di kongsikan bersama sebagai teladan dan panduan untuk kita bersama .

Begini.........
Pernah ke korang di datangi oleh pegawai Petronas yang lengkap beruniform ??? mereka ni datang lengkap dengan pakaian seragam Petronas yang pelik nya dari dari cara pertuturan mereka .....sah bukan warga tempatan....Indonesia ....ya warga Indonesia yang konon nya di arah kan membuat pemereksaan dapor gas setiap 3 bulan sekali....datang nya pulak sekitar jam 10.00 pagi keatas yang mana ketika itu suami suami dah pergi bekerja dan anak anak dah duduk dalam class tinggal la suri suri rumah tangga yang setia....memang licik strategi dorang ni .

Tanpa fikir panjang dan termakan pujukan dorang ni mak cik aku yang lurus ni pun membenar kan mereka masuk dan membuat pemereksaan, beberapa ketika kemudian mereka memaklum kan yang hose dapor gas nya bocor sambil menunjuk kan buih sabun pada hose dapor gas dan menyaran kan ia nya di ganti kan segera dengan yang baru yang sedia mereka bawa dengan harga RM 250 sambil mengada ada kan cerita yang menakutkan tentang letopan dapor gas dan kebakaran........kemuskhilan nya sebelum ni OK je !

Oleh itu berhati hati la, jangan sekali kali membenar kan sesiapa sahaja yang tidak dikenali memasuki rumah kita,sama ada juru jual hatta yang memperkenal kan diri mereka sebagai pegawai penyiasat dari PDRM sekali pun .Kita ada hak dan tolak la permintaan mereka dengan hormat untuk mengelak kan penipuan dan perkara yang tak di ingini berlaku dan kita mengalami kerugian; maklom la zaman sekarang ni ramai yang cuba meraih keuntungan dengan cara MENIPU..!!!


    Ikhlas Daripada