Monday 20 August 2012

SeLAmAT hARi RaYA MaAF dZAhIR BaTiN


Ramadhan telah pergi meninggal kan kita ,bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, semoga segala amalan yang kita laku kan sepanjang Ramadhan lalu di terima Allah ,semoga jua segala amalan yang kita amal kan sepanjang ramadhan lalu diterus kan untuk membentuk Muslim sejati yang bertakwa .

"Ya Allah, pertemukanlah kami di Ramadhan akan datang dalam keadaan sihat walafiat, mudahkanlah rezeki kami dan segala urusan kami Ya Allah. Ya Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya engkau berketetapan sebaliknya maka jadikanlah puasa ku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata. 

Ya Allah,Ya Tuhan kami,terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan dan hakikat keredaanMu sehingga kau memenangkaan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah kami di dalamnya dari kekhuatiran terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berlangsung terus"...

"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala amalan yang kita lakukan dibulan puasa yang lepas perlulah kita teruskan, seperti solat malam, membaca dan mentadabbur Al-Quran, zikir, istighfar, sedekah dan puasa sunat. Kita sama-sama cuba melaksanakannya walaupun sedikit tapi berterusan. Mudah-mudahan dengan kesungguhan dan keikhlasan dalam diri kita itu Allah akan tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya. Dengan demikian akan terdoronglah jiwa kita untuk
melaksanakan lebih banyak lagi tuntutan Allah SWT pada kita dan  lebih terkawallah diri kita dari melakukan kemungkaran padaNya, insyaAllah.


Sempena Shawal yang bakal menjelma ,saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran tutur kata dan bahasa ,makan minum segala perbuatan dan tingkah laku sama ada yang disengaja kan atau tidak .itu semua nya ada lah kelemahan diri saya dan tidak sekali kali ingin melukai hati mana mana pihak cuma ingin berkongsi pengalaman dan memotivasi diri saya sendiri .

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap kan " Selamat Hari Raya , Maaf Dzahir Batin " kepada anda sekeluraga .



Bagi anda yang dalam perjalanan ke kampong halaman berhati hati lah di jalan raya ,ingat lah orang yang tersayang ,amal kan sikap bertolak ansur semasa memandu semoga anda selamat tiba ke distinasi masing masing ,untuk menyambut ramadhan bersama keluarga ' Sekali Lagi Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Batin "

ALLAH HU AKBAR ALLAHU HU AKBAR, LA ILAAHA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKBAR, WA LILLAH HILHAMD.


Ikhlas Dari
 







No comments:

Post a Comment